SALAM SEMUA!
DALAM KEADAAN CUACA YANG TIDAK MENENTU INI RASANYA PERIT TEKAK UNTUK MENELAN KEK BERKRIM MAHUPUN KEK BUTTER BIASA.
RASANYA TEKAK INI NAK SESUATU YANG SEJUK,SIMPLE SERTA KURANG BERMINYAKKAN......
UNTUK HARI NIKEE NAK KONGSIKAN RESEPI SIMPLE DARI KAK IBAH SEKELUARGA,YANG MANA DI PERKENAL SEJURUS SELEPAS DIA BERKAHWIN DENGAN ABANG KAMAL.KUIH AMBON INI DISAJIKAN HAMPIR SETIAP TAHUN OLEH FAMILI KAMI BAGI MENGGANTIKAN KEK.
DI KESEMUA PASAR SITI KHADIJAH KUIH INI DI PANGGIL AMBON@APAM INDONESIA SEKARANG....ADA YANG DI BUAT KECIL-KECIL SEPERTI CUPPIES DAN DI JUAL DENGAN JUMLAH YANG BANYAK DAN MEMANG MURAH...KALAU NAK TENGOK JENGOK KE FOTO DALAM ARTIKEL YANG SAYA TULIS "ISTIMEWANYA NEGERI KELANTAN"
JANGAN DI TANYA KENAPA AMBON SINGAPORE..NIKEE PUN TAK TAHU..TAPI YANG PASTI INILAH BUDGET KUIH YANG MANA NO BUTTER NO CREAM ADDED SEADANYA....
INILAH RUPANYA SETELAH DI POTONG CANTIK....BAGI YANG BERKONGSI RASA , JOM KITA MASAK:
6 BIJI TELOR AYAM
1 1/2 CAWAN GULA HALUS@PASIR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM -AYAK
1 SUDU KECIL BAKING SODA- AYAK
1 SUDU KECIL ESEN ROSE@VANILLA
PEWARNA HIJAU @MERAH@KUNING
BEKAS PENGAYAK TEPUNG ALUMINIUM
KERTAS MINYAK- UTK ALAS ACUAN
PENGUKUS
KUKUS; 1/2 JAM-SAMPAI MASAK
MULA-MULA AYAKKAN TEPUNG BERSAMA SODA PENAIK BEBERAPA KALI DAN KETEPIKAN.
PECAHKAN KESEMUA TELOR DAN PUTAR DI DALAM PEMUTAR ELEKTRIK SEHINGGA PUTIH SERTA GEBU BERSAMA GULA TADI..PASTIKAN GULA BENAR-BENAR HANCUR...
MASUKKAN PULA ESEN ROSE@VANILA TADI..BIARKAN SEBENTAR..PERLAHANKAN SPEED MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMPAI HABIS...
BAHAGIKAN KEPADA 2 BAHAGIAN DAN WARNAKAN SALAH SATU WARNA YANG DI SUKAI...KETEPIKAN.
AMBIL BEKAS PENGAYAK TEPUNG ALUMINIUM SAIZ 8 DAN LAPIKKAN DI DALAMNYA KERTAS MINYAK DAN JUGA DI SEKELILING BELAH DALAM ACUAN JUGA...BUATKAN KERTAS PELAPIK INI BERHATI-HATI.
APABILA SUDAH SELESAI...MASUKKAN ADUNAN TADI BERSELANG SELI SAMPAI HABIS...DAN SEDIA UNTUK DI KUKUS SELAMA 1/2 JAM ATAU SAMPAI MASAK....
PESAN NIKEE;
WARNAKAN SEDIKIT TERANG DARI YANG DALAM FOTO INI,AGAR KELIHATAN LAGI CUN..
MENGGUNAKKAN PENGAYAK TEPUNG IN ADALAH TERBAIK UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGUKUS ..KERANA AMBON AKAN MASAK SERATA.
JANGAN LUPA..TUTUPKAN PENUTUP KUKUSAN DENGAN KAIN SUPAYA AIR TIDAK MEMASUKI KUIH YANG DI KUKUS UTK MENGELAKKAN AMBON BANTAT...SELAMA MENCUBA!
KUIH MUDAH ENAK BERSAMA SECAWAN KOPI KAMPUNG.
As salam. Teringin nak merasa kuih ni. Mana tahu kot ada dlm peti surat beberapa potong kek comel ni.
ReplyDeletesalam rindu !lama rasanya tidak mendengar celoteh akak di azies kitchen...ape kbr?kalau nak boleh kita kirimkan pada aween di sekolah!!!apa pun selamat menyambut ramadan tak lama lagi...
ReplyDelete