Sunday, 2 June 2013

IKAN KEMBUNG BERSELIMUT PERCIK PUTIH







                                SALAM  SEMUA!




BEBERAPA HARI YANG LEPAS NIKEE MENYEDIAKAN NASI KERABU HIJAU .....TEKAK NI TERASA SANGAT NAK MENJAMAH MASAKAN IKAN PERCIK PUTIH BERSAMA NASI KERABU.....MAAF LA YER  MALASLAH PULAK NAK MENGAMBIL FOTO NASI KERABUNYA SEKALI...


UNTUK MASAKAN NASI KERABU HIJAU TU NIKEE CUMA MASAKAN NASI BERSAMA HIRISAN DAUN LIMAU PURUT DAN IKATAN DAUN PANDAN.NIKEE LETAK PASTA PANDAN HIJAU DARI BRAND KOPOE-KOPOE DARI INDONESIA YANG DI BELI DI BAKERI SHOP....


BAGI KAMI MASYARAKAT MELAYU KELANTAN RASANYA DAH BIASA MEMAKAN MASAKAN PERCIK PUTIH @ MERAH DI KELANTAN..PADA NIKEE KEDUA-DUANYA SEDAP.....















KALAU YANG DAH PRO DALAM MASAKAN NI..LAYAN MATA AJER YER!BAGI YANG RASA NAK MENCUBA BOLEH LAYAN RESEPI DI BAWAH...





5 EKOR IKAN KEMBUNG BESAR@SEDANG

2 PEKAT KECIL SANTAN SEGAR@KOTAK
3-4 ULAS BAWANG MERAH KECIL*
2 ULAS BAWANG PUTIH*
3 CM HALIA MUDA*

* - SEMUA DI ATAS DI MESIN SAMPAI HANCUR@ TUMBUK LUMAT.

GARAM,GULA ,PERASA




CARA MEMASAK KUAH PERCIK PUTIH;


MASUKKAN SEMUA BAHAN KISAR BERSAMA SANTAN PEKAT DI DALAM PERIUK..
PANASKAN DI BAWAH API YANG SEDERHANA KECIL SAMBIL DI KACAU SELALU.....SUPAYA TIDAK PECAH MINYAK.

MASAK SAMPAI KUAH PEKAT MASUKKAN GULA,JIKA SUKA SEDIKIT PERASA DAN JUGA GARAM..

APABILA KUAH PEKAT ANGKATLAH..





CARA MEMBAKAR IKAN PERCIK:






BERSIHKAN IKAN ....KELAR IKAN MELINTANG DI ATAS BADANNYA @ KELAR MENYERONG...


LUMURKAN BADAN IKAN DENGAN SEDIKIT BAWANG PUTIH SERTA HALIA YANG DI TUMBUK BERSAMA GARAM..ELOKNYA IKAN DI PERAP SEKETIKA SEBELUM DI BAKAR....

ANDA BOLEH MENGRIL IKAN IKAN ATAU MEMBAKARNYA DI DALAM OVEN SEHINGGA SEPARUH MASAK...

PADA MASA INI CURAHKAN KUAH PERCIK TADI...DAN BAKAR LAGI BUAT SEKETIKA....SELEPAS 5 MINIT TAMBAHKAN LAGI KUAH PERCIK DAN BAKAR SEKEJAP..LEPAS TU BOLEHLAH DI ANGKAT..














PESAN NIKEE;


KALAU NAK MEMERAPKAN IKAN ALA-ALA BAPAK NIKEE...WAE MELETAKKAN CILI KISAR BERSAMA HALIA SERTA BAWANG PUTIH KE BADAN IKAN TADI SEBELUM DI PANGGANG.....SEDAP JUGA CARA INI TERASA KEPEDASAN CILI TU SERTA MEMBERIKAN SEDIKIT WARNA PADA IKAN ITU...

ANDA BOLEH MEMANGGANG IKAN BERSAMA GARAM SAHAJA..NIKEE MELUMURKAN SEDIKIT GARAM KUNYIT PADA IKAN SUPAYA TAK PUCAT SANGAT ALMAKLUMLAH KITA NI ORANG MODEN PANGGANG IKAN BUKANLAH DENGAN ARANG JADI BIARLAH CANTIK SIKIT....BAGAIMANA PUN CARANYA ..INSYAALLAH PERCIK INI AKAN MENJADI.


DULU ORANG LAMA MEMANGGANG IKAN DI ATAS ARANG JADI HASILNYA WANGI DAN KEHITAMAN TULAH YANG MEMBERIKAN RASA ARANG DI SINI..SAMBIL TU MENCANTIKKAN LAGI WARNA PERCIK PUTIH INI..


WAE JUGA MEMASUKKAN LIDI KELAPA KE BADAN IKAN..DI CUCUK DARI EKOR HINGGA KEPALA IKAN... JIKA IKAN YANG NAK DI PANGGANG TERLALU KECIL..BOLEH DI GUNAKAN LIDI SATAY BULUH JIKA TIADA LIDI KELAPA..TUJUANNYA UNTUK MENGEKALKAN BENTUK IKAN SUPAYA TIDAK HANCUR SEMASA PROSES MEMANGGANG DI LAKUKAN.....CARA NI AMAT BAGUS...TERUTAMANYA MEMANGGANG DI DALAM OVEN MODEN,PEMANGGANG AJAIB ATAUPUN DI DALAM KUALI BIASA...



JIKA INGINKAN KUAH PERCIK YANG BANYAK BOLEH DI LETAKKAN DALAM SECAWAN AIR BIASA..ANDAI KATA KUAH ANDA TERLALU CAIR MASUKKAN DALAM 1-2 SUDU BESAR  TEPUNG BERAS@ GANDUM UNTUK MEMEKATKAN KUAH PERCIK...INSYAALLAH TIADA MENGGANGGU RASA KUAH ITU...INI ADALAH PETUA BIASA DARI FAMILI SAYA...


SELAMAT MENCUBA....









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...