SALAM SEMUA!
MENYEPIKAN DIRI BEBERAPA HARI .....SERONOK JUGA PULANG KE KAMPUNG KALI INI..RASANYA LEBIH PUAS DARI BIASANYA.KALI TERAKHIR KAMI KE SANA WAKTU HARI RAYA HAJI SERTA PUASA BARU-BARU INI.
KALI INI KUNJUNGAN INI BERMAKNA KERANA DAPAT MENGAMBIL BEBERAPA FOTO UNTUK TATAPAN SEMUA...
NEGERI UNIK SERTA PENUH DENGAN KEBUDAYAAN YANG PELIK INI,PASTI AKAN DI KENANG OLEH SESIAPA KECUALI PADA MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI ADA T BUDAYANYA.MAKANAN YANG UNIK JUGA TAK MAMPU DI SUKAI OLEH SEMUA ORANG DI MALAYSIA TAPI BAGI NIKEE SAYA BANGGA DI LAHIRKAN DI BUMI KELANTAN WALAUPUN NEGERI INI AMATLAH TERPENCIL SERTA AMAT SEDERHANA.
NI PULAK FOTO BECA ATAU DI PANGGIL TEKSI....JANGAN SILAP KALAU TEKSI KERETA TU DI PANGGIL KERETA SEWA...BILA NAMPAK BECA NI TERINGAT WAKTU SEKOLAH RENDAH DULU..NAIK TEKSI POK KOB SELAMA 4 TAHUN....
PHOTO OF THE DAY...CUTE |
BAGI YANG BELUM SAMPAI KE SANA JOMLAH MAKAN DI ATAS PASAR SITI KHADIJAH KOTA BARU ..BANYAK HIDANGAN TEMPATAN DI HIDANGKAN DI SANA DARI SEAWAL JAM 8 PAGI LAGI..MAKAN SEPERI LAKSA,LAKSAM,NASI CAMPUR DAN PELBAGAI JENIS KUIH-MUIH DI JUAL DI SANA.FEVERET NIKEE MEE CELUP SERTA SUP PERUT CAMPUR...
INILAH ANTARA HIDANGAN NASI DI PASAR SITI KHADIJAH...PASTI TERUJA ..PASTI RAMAI YANG AKAN SUKAKAN KETAM XL SERTA UDANG BESAR XXXL TU!NIKEE PALING SUKA KERUTUK LIMPA LEMBU OHH! BEST GILER!
DI TINGKAT 1 JUGA..ANDA BOLEHLAH MEMBELI MAKANAN KERING DI ATAS PASAR BERMULA DARI DODOL.KEREPOK IKAN SERTA REMPAH-RATUS YANG KERING.....BUDU,MANISAN SERTA BANYAK LAGI.
LAUK KERANG DAN GULAI DARAT TELOR SERTA DAGING |
TINGKAT BAWAH PULA...ADA DI JUAL BERAS SIAM PELBAGAI JENAMA.DARI AYAM,IKAN SERTA MAKANAN BASAH YANG LAIN SEPERTI SAYUR-SAYURAN SEGAR.BUAH PELBAGAI JENIS DI JUAL DI LUAR PASAR BAHAGIAN JUALAN BUAH PULAK..SEKARANG NI MUSIM RAMBUTAN ANAK SEKOLAH SETELAH MUSIM MANGGA BERAKHIR SUDAH.
DI SINI JUGA NIKEE TAKKAN LEPASKAN PELUANG MEMBELI KUIH-MUIH DI PASAR...MACAM-MACAM ADA..ANTARANYA AMBON INDONESIA,TUWIL AYU,CUCUR,TEPUNG TUKIR ADALAH FEVERET SAYA....PAYAH NAK JUMPA DI KL.HAI!RAMBANG MATA RASANYA...
DI KIOSK KECIK DI SEBELAH KUIH PULAK CUCI MATA DENGAN HASIL ORANG TEMPATAN MENJUAL PISAU,PARANG,KAPAK SERTA KERIS BANYAKLAH LAGI...
INI PULA..PELBAGAI JENIS BUBUR DARI SAGO PAL,BUTIR NANGKA,PENGAT PISANG ,BUBUR CHACA |
FOTO INI PULA..NIKEE PUNYA FEVERET..NAK TAHU!
MASA KECIL HANYA MAMA SERTA WAE SAHAJA AKAN SEDIAKAN ROJAK JAWA NI SEPANJANG BULAN PUASA...SEDAP BILA MENJAMAH MASAKKAN WAE DAN MAMA..TAPI BILA NAK MENGGAMITKAN SEMULA KENANGAN TU KAMI AKAN BELIKAN INI UNTUK DI BAWA PULANG DAN MAKAN BERSAMA DI RUMAH..SEDAP RASANYA WAE PUN SUKA.
POPIA STADIUM NI SENANG AJER NAK DI CARI..DI MEDAN SELERA STADIUM SULTAN MUHAMMAD KOTA BHARU....DI SITU ADA DI JUAL POPIA GORENG,POPIA KUKUS SERTA ROJAK JAWA,ROJAK MEE SERTA ROJAK CAMPUR..
HARGA SEPINGGAN JUGA AMATLAH MURAH DALAM SEKITAR 2.30 DAN TIDAK MELEBIHI 4 RM SEPINGGAN.....ROJAK JAWA NI DI MAKAN BERSAMA POPIA KUKUS ATAU GORENG ADA HIRISAN TIMUN,NENAS SERTA TAUGEH..YANG PELIKNYA DI KELANTAN POPIANYA DI LETAKKAN KANGKUNG..MEMANG SEDAP SERTA PELIK ....
KUAH ROJAK JAWA YANG BERWARNA KOKO TU..DI BUAT DARI PETIS UDANG...SEDAP! |
BAGI YANG MALAS BERSESAK DENGAN ORANG RAMAI DATANGLAH KE SANA BUKAN MUSIM CUTI SEKOLAH PASTI HARGA BARANGAN DI JUAL AMATLAH BERPATUTAN SERTA MURAH
NIKEE AKAN MEMBELI KAIN TELEKONG TEMPATAN KALAU BALIK KERAN LEBIH SELESA DI PAKAI MALAHAN BOLEH DI TEMPAH DI SANA JUGA...SINGGAHLAH KE BAZAAR BULOH KUBU BAGI YANG GEMARKAN BATIK SERTA BOLEH JUGA SINGGAH DI BAZZAR TOK GURU SERTA BAZAR TENGKU ANIS YANG TERLETAK DI SEBELAH MASJID MUHAMMADI .....BELAKANG ISTANA JAHAR....
SELAMAT BERKUNJUNG........
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAgreed...Klate memang unik dan istimewa walaupun dikutuk oleh sesetengah manusia tapi klate tetap dihati..:-)...
ReplyDeleteya betul.....seronok dapat makan bermacam kuih balik ari tu
ReplyDeletesedap nya..sy sndri x penah lg try mkn popia stadium ni
ReplyDelete