SALAM SEMUA!
BEBERAPA MENYEPIKAN DIRI...YELAH TAK ADA MOOD UNTUK MENULIS SERTA MEMASAK DI SINI..NIKEE TAK BERAPA SIHAT SERTA BATUK-BATUK ...SELAIN DARI ITU NIKEE JUGA MENGALAMI SINUS..TERUK JUGALAH NAK BERNAFAS PUN SUSAH RASANYA...
N3 KALI INI MEMANG SEMUA ORANG DAH PUN TAHU ..YANG MEMBUATKANNYA SEDIKIT BERBEZA NIKEE MASUKKAN DAUN SELASIH SIAM TU YANG MEMPUNYAI RASA SEPERTI REMPAH STAR ANISE@ BUAH PELAGA...
SELASIH SIAM NI AMAT SINONIM DI THAILAND DAN JUGA VIETNAM.....APA PUN GULAI LEMAK INI HASILNYA AMAT LEMAK DAN MEMBERIKAN SEDIKIT KELAINAN PADA RASANYA....
KALI INI KITA INTAI RESEPI;
500 G AYAM -POTONG KECIL
SEDIKIT HALIA
SEDIKIT CILI PADI
10 ULAS BAWANG MERAH-TAK LETAK PUN TAKPA
3 ULAS BAWANG PUTIH-TAK LETAK PUN TAKPA
200ML SANTAN KOTAK KARA
SEDIKIT GARAM
SEDIKIT PERASA
2 BATANG SERAI-TITIK
SEDIKIT KUNYIT HIDUP@1 SUDU KECIL KUNYIT SERBUK
BEBERAPA TANGKAI DAUN SELASIH SIAM-AMBIK DAUN SAHAJA.
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK
2 KEPING ASAM KEPING
CARA;
TUMBUK SEMUA BAWANG,KUNYIT,BAWANG PUTIH SERTA CILI PADI TADI..BIAR LUMAT.
MASUKKAN PULA MINYAK PANASKAN DI DALAM PERIUK..TUMISKAN BAHAN TUMBUK TADI BERSAMA SERAI TITIK..TUMIS SAMPAI NAIK BAU...
MASUKKAN AYAM DAN BIARKAN AYAM EMPUK SERTA KERING AIRNYA....MASUKKAN ASAM KEPING .
LEPAS TU MASUKKAN SANTAN SETELAH AYAM EMPUK DAN LETAKKAN PERASA SERTA GARAM...BIARLAH MENDIDIH SEKETIKA DALAM 10 MINIT,PASTIKAN GULAI DI KACAU SELALU....
APABILA DAH SECUKUP RASA MASUKKAN DAUN SELASIH DAN BOLEHLAH DI MATIKAN API....HIDANGKAN BERSAMA NASI.
No comments:
Post a Comment