Thursday, 11 July 2013
PEHA AYAM PANGGANG SZECHUAN BERSOS LEMAK PEDAS
SALAM SEMUA!
SEMPENA BULAN RAMADHAN INI NIKEE NAK KONGSIKAN RESEPI AYAM PANGGANG SZECHUAN YANG AMAT MUDAH SERTA MURAH NAK DI SEDIAKAN....
KEASLIAN RASA AYAM PANGGANG YANG MENGGUNAKAN SZECHUAN PEPPER CORN INI MEMANG WANGI DAN SEDAP...DI SIRAMKAN SOS LEMAK PEDAS UNTUK MENYEDAPKAN LAGI AYAM INI.
JOM SEMAK RESEPI:
4-5 PEHA AYAM-KELAR
1 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT
2 SUDU KECIL GARAM HALUS
2 SUDU BESAR SZECHUAN PEPPER CORNS- TUMBUK HALUS.
2 SUDU BESAR MADU
2 SUDU MAKAN MINYAK MASAK@BUTTER@MARJERIN
1 SUDU KECIL SERBUK PERASA
CARA;
PERAPKAN SEMUA BAHAN DI ATAS BERSAMA PEHA AYAM TADI DAN PERAPLAH DARI PAGI LEBIH BAIK.
BAKARLAH AYAM PADA SUHU 180-250 C SELAMA 30 MINIT ATAU SAMPAI MASAK..
SEBELUM MEMBAKAR TABURKAN SEDIKIT BUTTER KE ATAS AYAM TADI.
SOS LEMAK PEDAS:
1/2 CAWAN SUSU CAIR @ CREAM@ SUSU BIASA
1 SUDU KECIL CILI PADI - TUMBUK
I BIJI BAWANG MERAH BESAR- TUMBUK
2 ULAS BAWANG PUTIH- TUMBUK
2 CM HALIA- TUMBUK
GARAM
GULA
PERASA
1 BIJI BAWANG BESAR KUNING- MAYANG BULAT
SEDIKIT DRY PASLEY
BUTTER- UTK MENUMIS
CARA;
PANASKAN BUTTER TUMIS SEMUA BAHAN YANG DITUMBUK TADI.
BILA DAH GARING MASUKKAN SUSU DAN GAUL RATA.
MASUKKAN GULA,GARAM SERTA PERASA,LAST SEKALI MASUKKAN BAWANG BESAR SERTA MASUKKAN PULA PASLEY TADI.ANGKAT APABILA KUAH HAMPIR PEKAT DAN SIRAM DI ATAS PEHA AYAM BAKAR TADI.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMBUKA PUASA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment