Tuesday, 16 July 2013
MASAK KARI TULANG BERKENTANG
SALAM RAMADHAN !
BILA MASUK RAMADHAN NIKEELAH YANG PALING BAHAGIA ...IALAH DAPAT MEMASAK BERMACAM JUADAH DAN SEKALI GUS MENCUCI MATA DI BAZAAR MENCARI KUIH SEBAGAI PEMANIS TEKAK...
BILA HAMPIR TIBA RAYA MULAI PERASAAN PANIK TIBA KENAPA?SAYALAH ORANG YANG SUKA MEMBUAT PERSIAPAN DI UJUNG-UJUNG BULAN KERANA NIKEE AMAT FOBIA BERSIAP AWAL IALAH TAKUT ADA MUSIBAH DI DEPAN HARI ..KEMATIAN,KEMALANGAN DAN SEBAGAI..SEBAB ITULAH DARI AWAL NIKEE MEMANG CUKUP SEDERHANA..
HARI NI KITA KONGSIKAN PULAK MASAKAN KARI TULANG SEBAGAI JUADAH BERBUKA..MEMANG MENJADI KEGEMARAN NIKEE...
KARI INI ENAK DI MAKAN BERSAMA PULUT,NASI,ROTI PUTIH,ROTI JALA,LEMPENG SERTA ROTI CANAI JUGA CAPATI..JIKA DI SIMPAN LEBIH SEHARI LAGI BEST RASANYA...
JOM MASAK;
1/2 KG TULANG LEMBU-REBUS EMPUK
1 KECIL SANTAN KOTAK KARA
2 SUDU KECIL KERISIK KELAPA
2 PELEPAH DAUN KARI
2 BIJI BAWANG PUTIH
1 BIJI BAWANG BESAR MERAH
2 CM HALIA MUDA
REMPAH 4 SEKAWAN-KAYU MANIS,PELAGA,BUNGA LAWANG,CENGKIH
2 KEPING ASAM KEPING @ SEDIKIT AIR ASAM JAWA
2 BIJI TOMATO- BELAH 4
2 BIJI CILI BESAR BELAH 2
3 SUDU MAKAN KARI AYAM ADABI-CAMPUR SEDIKIT AIR
2 CAWAN AIR REBUSAN TULANG TADI
4 BIJI KENTANG-BELAH 4
GARAM
GULA MERAH
PERASA
3 SUDU BESAR CILI GILING-GORENG SAMPAI TERBIT MINYAK-KETEPIKAN
MINYAK UNTUK MENUMIS
CARANYA;
TUMBUK BAWANG,HALIA TADI SAMPAI HALUS DAN PANASKAN KUALI BERSAMA MINYAK..TUMIS SAMPAI GARING..MASUKKAN REMPAH 4 SEKAWAN.
MASUKKAN DAUN KARI,TUMIS SEKEJAP SAMPAI WANGI DAN MASUKKAN REMPAH KARI..TUMIS SAMPAI TERBIT MINYAK.
LEPAS ITU TERUS MASUKKAN TULANG TADI,GAULKAN RATA SAMPAI SEBATI MASUKKAN AIR REBUSAN.MASUKKAN UBI,MASAK SAMPAI UBI EMPUK.
MASUKKAN ASAM KEPING @ AIR ASAM JAWA.
BIARKAN SAMPAI AIR REBUSAN PEKAT BARULAH DI MASUKKAN GARAM SERTA GULA MANISAN SERTA PERASA.
MASUKKAN SANTAN SERTA GAUL SEBENTAR DAN MASUKKAN KERISIK TADI...LAST SEKALI MASUKKAN CILI BESAR SERTA TOMATO.
APABILA KENTANG SUDAH EMPUK DAN KUAH PEKAT BOLEHLAH DI RASA KARINYA DAN MATIKAN API..MASA INI MASUKKAN CILI GILING TUMIS TADI DI DALAM KUAH DAN KACAU RATA.SEDIA UNUTUK DI HIDANGKAN.
SELAMAT BERBUKA SEMUA!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment