Tuesday, 23 July 2013

SNOW WHITE COOKIES










SALAM RAMADHAN!





SEMPENA HARI RAYA YANG BAKAL MENJELANG TAK SEMPURNA RASANYA JIKA TIDAK MENYEDIA SEJENIS DUA BISKUT RAYA...PADA NIKEE KUIH RAYA INI TIDAK SEMESTINYA  TERLALU MODEN UNTUK DI NIKMATI DI HARI RAYA,CUKUPLAH YANG MEMENUHI MEJA ITU ANTARA KEGEMARAN KITA SEMUA.




BISKUT RAYA YANG PASTI MEMENUHI MEJA YANG EVERGREEN SEMESTINYA TAT NENAS,BISKUT SARANG SEMUT,BISKUT BADAM,MAZOLA,SEMPERIT DAN KUIH MAKMUR SERTA BATANG BURUK....





BILA TIBA HARI RAYA NIKEE PALING SUKA BERAYA DI KL ,KERANA MUMMY SUKAKAN BISKUT YANG PELBAGAI JENIS SERTA RUPA KUKIS TERSEDIA DI MEJA MENARIK SEKALI....BERMACAM RASA DAN BENTUK..ITULAH MUMMY....



MEREKA YANG BERKUNJUNG PASTI DATANG DENGAN HAMPER SERTA BUAH TANGAN BERUPA KEK - KEK JADI KAMI SEGERA MENGHIDANGKAN KEK TERSEBUT.KALAU ADA KUIH BASAH KAMI HANYA SEDIAKAN BROWNIES ,LENGKONG SIRAP PANDAN ATAU PUDING TELOR SAHAJA....YANG LAIN ORANG MEMBAWANYA SEBAGAI BUAH TANGAN SAHAJA..

DI MEJA PULA KAMI SEDIAKAN KEK SARANG TEBUAN SERTA KEK LAPIS SERTA KEK BUTTER SAHAJA ATAU KEK BUAH KUKUS......TIDAK BANYAK SEDIKIT DODOL....PEMIKAT RASA..SERAWA DURIAN BERSAMA PULUT TANAK.






UNTUK MEREKA YANG NAK MEMUAT KUKIS BAGI MINGGU TERAKHIR RAMADHAN NANTI,BISKUT INI ADALAH ANTARA BUDGET KUKIS SERTA TAK MENYESAL JIKA DI MAKAN DI PAGI RAYA NANTI....




RESEPI KUKIS INI SUDAH LAMA NIKEE SIMPAN DAN BARULAH KALI NI NIKEE BERPELUANG MEMBUATNYA KEMBALI..SEINGAT NIKEE KALI TERAKHIR SEWAKTU DI SEKOLAH MENENGAH LAGI....



JOM SEMAK RESEPI;



70 G GULA ICING
80 G TEPUNG SAGU
100 G MENTEGA
25 G LEMAK SAYURAN
10 G TEPUNG JAGUNG
20 G KELAPA KERING
40 G GAJUS KISAR
200 G TEPUNG GANDUM


BAHAN HIASAN;

GAJUS
GULA ICING
PUTIH TELOR-SAPUAN 




CARANYA;


PUKUL MENTEGA ,LEMAK SAYURAN BERSAMA GULA SAMPAI KEMBANG

MASUKKAN TEPUNG-TEPUNG TADI KELAPA KERING,GAULKAN SAMPAI RATA,LAST SEKALI MASUKKAN GAJUS KISAR.


ULI ADUAN SAMPAI MENJADI ADUNAN YANG LEMBUT,JIKA ADUNAN RELAI @ TIDAK BERSATU TAMBAH SEDIKIT BUTTER ULI SAMPAI ADUNAN BOLEH DI BENTUK MENJADI BOLA YANG BESAR.

TERAP DENGAN ACUAN YANG DI SUKAI...

SEBELUM MEMBAKAR SAPUKAN PUTIH TELUR DAN LETAKKAN GAJUS DI ATAS BISKUT.

BAKAR BISKUT PADA SUHU 160-180 C SELAMA 15-20 MINIT.

APABILA MASAK,KELUARKAN DARI OVEN DAN TABURKAN DENGAN SEGERA GULA AISING SEMASA MASIH PANAS.




SELAMAT  MENCUBA!










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...