Tuesday, 23 July 2013

DAGING KICAP PEDAS MANIS






                                             SALAM SEMUA!




BILA BULAN RAMADHAN TIBA AYAM,PUYUH,DAGING KAMBING SERTA LEMBU MEMANG SEDAP DI BUAT MASAK KICAP.....





DAGING SILVERTOP YANG NIKEE GUNAKAN KALI INI MEMANG LEMBUT SERTA SEDAP..TENTULAH DAGING BATANG PINANG ADALAH TERBAIK UNTUK MASAK KICAP SEBAB LEMBUT DAN SESUAI JIKA NAK DI CINCAH BERSAMA ROTI.





UNTUK RESEPI MUDAH INI....MEMANG SESUAI SANGAT UNTUK DI MAKAN SEMASA BERBUKA...DENGAN RASA PEDAS MANIS NYA MEMANG TERANGKATLAH....






JOM INTAI RESEPI;













500 G DAGING LEMBU-POTONG NIPIS
2 SUDU KECIL GARAM+KUNYIT- LUMUR PADA DAGING
4 ULAS BAWANG PUTIH*
2 BIJI BAWANG BESAR MERAH*
3 CM HALIA MUDA*
2 BATANG SERAI- DITITIK
3 SUDU BESAR CILI GILING
3-5 BIJI CILI PADI*
2 SUDU KECIL LADA HITAM*-TAKDER TAKPE
4 SUDU BESAR KICAP HITAM
4 SUDU BESAR KICAP MANIS A B C
3 SUDU BESAR CILI SOS
2 KEPING ASAM KEPING
GARAM
GULA
PERASA
3 CAWAN AIR
MINYAK- UNTUK MENUMIS


BAHAN HIASAN;

2 BIJI TOMATO- BELAH 4
4-7 TANGKAI CILI PADI
BAWANG BESAR- MAYANG BULAT





CARA;

GAULKAN GARAM KUNYIT BERSAMA DAGING-BIARLAH SEBENTAR DALAM 1/2 JAM.

PANASKAN MINYAK GORENGKAN DAGING SEPARUH MASAK..ANGKAT DAN KETEPIKAN.

PANASKAN MINYAK.ATAU GUNAKAN MINYAK YANG SAMA.TUMISKAN BAHAN BERTANDA * SAMPAI WANGI.PASTIKAN BAHAN BERTANDA * DI KISAR HALUS ATAUPUN DI TUMBUK HALUS.

APABILA SUDAH WANGI MASUKKAN SERAI.....TUMISKAN LAGI SAMPAI WANGI..MASUKKAN PULA CILI GILING GORENG SAMPAI TERBIT MINYAK..MASA NI MASUKKAN PULA GULA..GORENG DAN MASUKKAN LADA HITAM TADI..GORENGKAN SEBENTAR.


APABILA SUDAH MESRA MASUKKAN PULA DAGING GORENG TADI..MASUKKAN KICAP PEKAT DAN MANIS,SOS CILI,ASAM KEPING SERTA AIR.....BIARLAH KUAH MENDIDIH DAN TUNGGU SAMPAI PEKAT SIKIT BARULAH DI MASUKKAN PULA GARAM...


APABILA KUAH PEKAT BOLEHLAH DI RASAKAN MANIS SERTA MASINNYA YA!MASUKKAN TOMATO,BAWANG BESAR SERTA CILI PADI TADI..BOLEHLAH DI ANGKAT....


BAGI YANG SUKA KUAH PEKAT BIARLAH KUAH SEDIKIT KERING LAGI BAGI YANG SUKAKAN SEDERHANA PEKAT PADA WAKTU INI BOLEHLAH DI ANGKAT....











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...