Wednesday 15 February 2012

BUBUR BUTIR NANGKA & SAGU PAL



SALAM!
HARI NI BUZY SIKIT...HMM MELAYAN SI BABY BOY NIKEE YG MAKIN KELETAH NI...HMM MACAM BIASA SESI MEMASUKKAN FOTO-FOTO MASAKAN LAMA MASIH TERSANGKUT-SANGKUT LAGI MAKLUMLAH.... KENA CURI MASA BOY TIDO BARULAH ADA CHANCE...
HARI NI..BAGI  YG MINAT MEMASAK BUBUR BOLER TENGOK FOTO DI ATAS..NOSTALGIA TAKK...HAHAHA! NILAH BUBUR BUTIR NANGKA & SAGU  PAL.BAGI YG TAK TAHU NI ADALAH HIDANGAN KLASIK DARI KELANTAN YG SERUPA DGN BUBUR CANDIL@PUN BADAK BERENDAM......
YG BERWARNA PINK TU BUTIR NANGKA...YG MANER DI GENTEL-GENTEL MENYAMAI BIJI NANGKA...YG HIJAU TU..SAGU HIJAU YG DI KEPAL LALU DI KG DI PENDEKKAN JADILAH PANGGILAN SAGU PAL-SAGU KEPAL.
BAGI YG BERMINAT TAK TAHU APER NK DI MKAN PTG BERSAMA MINUM TEH BOLEHLAH  TRY BUAT BUBUR KLASIK YG SEDAP LAGI HUMBLE NI
LIHAT RESEPI BI BAWAH...LAYAN.


BAHAN;

1 Kampit kecik tepung beras pulut
200 ml santan kotak@ santan segar dlm 2 cwn.
sedikit air kapur-dalam 2 sudu makan
2 sudu teh halia muda-di hiris pjg dan halus
1 sudu teh halba
2 helai daun pandan;1 utk diletakkan dlm air rebusan butir nangka tadi.1 lagi utk dimasukkan dalam kuah santan
secubit garam
1 kpg gula melaka(OPTIONAL)-dipotong dadu kecil utk di isikan dlm kepalan sagu pal nanti
1 sudu teh tepung beras-utk memekatkan kuah santan.
1/2 cwn air.
200g sagu mata ikan kecik-warna suka ati u all.
5 sudu makan gula pasir

CARA MEMBUATNYER;
1-  Tepung beras pulut di campurkan dgn sedikit air kapur,kemudian di masukkan pula air..di uli sampai adunan tidak melekat di jari dan tangan.
2-   Apabila adunan dan sebati masukkan sedikit pewarna yg anda gemari utk mencantikkan lagi  warna butir nangka anda.
3-   Masukkan santan,garam,daun pandan serta beberapa sudu makan gula putih...kemanisan kuah tergantung kepada kita.Lepas tu..letakkan sekali halba dan hirisan halia tadi..jika santan kelihatan pekat masukkan lah sedikit air bagi  mencairkan kepekatan santan tadi.Panaskan di atas dapur kuah tadi,kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.Apabila dah sikit mengelegak dan panas bolehla di ketepikan.Andai kata kuah terlalu cair bolehlah dimasukkan 1 sudu teh tpg beras tadi.
4-    Didalam  periuk yg lain..masukkan air separuh penuh,dimasukkan juga ikatan daun pandan utk menwangikan air rebusan nanti.Tunggu air mendidih.
5-    Adunan tepung beras yg siap di adun tadi bolehlah digentel menyamai biji nangka..dimasukkan ke dalam periuk  yg berisi air...tunggu biji tadi terapung lalu di angkat dan dimasukkan ke dalam kuah yg telah siap dimasak..ulangi proses sampai adunan doh abis.
6-   Dalam bekas yg lain ambik sagu mata ikan yg bersaiz kecil....cedukkan sedikit air rebusan yg merebus biji tadi..gaulkan dengan sudu sehingga melekat antara satu sama lain....kemudian  ambik aduan sagu tadi dan diletakkan sedikit hirisan gula melaka tadi dan di kepal kepal sebesar saiz fish ball dan direbus sampai masak dan sagu kelihatan berkilat.Selepas beberapa minit dan sagu sudah berkilat dan masak terus di angkat dan masukkan didalam kuah tadi.Anda harus tunggu sehingga sagu yg dikepal tadi terapung seperti biji-biji tadi baru di angkat. 
7-   Nah..dah siap bubur kita bolehlah di hidangan di waktu petang..bubur ni pun sangat sesuai untuk dihidangkan semasa berbuka puasa..selamat mencuba.


























No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...