Monday, 21 May 2012

BISKUT BUNGA TERATAI


HAI..BERSUA LAGI...JANGAN MARAH YER..HARI INI NIKEE BERKESEMPATAN SIKIT NAK BUAT N3 SEBAB CALEB DAH TERTIDUR NI..
HAI LEMAK SUNGGUH BUDAK KECIK NI..MEMANG DEGIL SERTA MANJA SEDIKIT..MAKLUMLAH FAKTOR USIA YG TERAMAT JAUH DENGAN SI KAKAK MENYEBAKAN CALEB SUSAH UNTUK NAK DI JAGA...


TINGGALKAN JER KISAH CALEB TU..LAYAN MATA SEKEJAP OK.


NAMPAK TAK BISKUT YG MEKAR INDAH TU..HHAAA..! PASTI ADA YANG BERKENAN KAN..


RESEPI NI RESEPI YG PALING NIKEE MINAT BUKAN APER DAH LAA LAWA SERTA KEMAS SEDAP PULAK TU....


JOM LAYAN RESEPI MUDAH YANG NIKEE DAN BUAT BANYAK KALI NI.




BISKUT TERATAI;


600G TEPUNG GANDUM
250 G BUTTER
100 G TPG JAGUNG
20G TPG KASTAD
 1 BIJI TELOR AYAM
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA.
JEM NENAS TUK HIASAN
PAPERCUP
ACUAN BUNGA BERKELOPAK 5.
CARA;
 SATUKAN KESEMUA BAHAN DI DALAM SATU BEKAS.......ULIKAN MENGIKUT RUB IN METHOD SEHINGGA MENJADI DOH YG BAIK..ULILAH SEKETIKA..ANDAI KATA ADUAN TAK NAK SEBATI ATAU MASIH KERING..MASUKKAN LAGI BUTTER SEHINGGA ADUNAN BENAR-BENAR RATA.


BIARLAH SEKEJAP DOH REHAT..20 MINIT


APABILA SIAP...CANAILAH IKUT KETEBALAN...GUNAKAN ACUAN BISKUT YG BERBENTUK BUNGA BERKELOPAK LIMA..TERAP.
MASUKKAN DALAM ACUAN PAPER CUP..MASUKKAN INTI NENAS..


BAKARLAH DI DALAM OVEN SELAMA 20-25 MINIT PADA SUHU 160C SEHINGGA BISKUT TERATAI MASAK.





No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...