SALAM SEMUA!
SELAMAT TENGAHARI SEMUA..APA KHABAR HARI INI?
HARI NI BERSIARAN KEMBALI ..N3 KALI INI KITA AKAN MENJAMU MATA DENGAN HIDANGAN PUDING PRUNES YG MENYEJUKKAN TEKAK.
ELOK JIKA DI SEDIAKAN DI BULAN-BULAN SEKARANG YG PANAS.
INI ADALAH SALAH SATU PUDING KEGEMARAN NIKEE..PERTAMA KALI BELAJAR MEMBUATNYA..SIAPA LAGI KALAU BUKAN MAMA SENDIRI.HIDANGAN INI HANYA DI SEDIAKAN SEMASA RAYA ATAUPUN DI MASA MAJLIS TERTENTU.
BAGI YG SUKA PRUNES NI ADALAH PILIHAN PUDING YG TEPAT TERUTAMANYA ,KALAU KITA MENYEDIAKAN HIDANGAN YG KAYA DENGAN SANTAN DAN YG BERLEMAK MACAM NASI BERIYANI,NASI MINYAK,KARI DAN MACAM-MACAM LAGI.PUDING INI AKAN MENGHILANGKAN RASA MUAL.
PUDING NI MASAM-MASAM MANIS MEMANG SEDAP..BAGI YG NAK CUBA JOM KITA SEMAK RESEPI OK.
PUDING PRUNES BERSOS KASTAD LEMON
OLEH;PUAN ZAINAB ISMAIL.
1 PAKET AGAR-AGAR BERTALI.
4 CAWAN AIR
1 PAKET BUAHAN PRUNES-DI KISAR HALUS
1/3 CAWAN GULA HALUS
1/3 CAWAN SUSU CAIR
CARA;
MASAK AGAR BERTALI SAMPAI HANCUR BERSAMA GULA DAN AIR.
APABILA DAH HANCUR BARULAH DI MASUKKAN SUSU SERTA PRUNES.
APABILA DAH SEBATI..MASUKKAN KE DALAM BEKAS CASSEROL DAN BIARKAN KERAS.
SOS KASTAD LEMON;
1 CAWAN SUSU FULL CREAM F&N
1/2 CAWAN SUSU CAIR
1/2 BIJI LEMON-DI PERAH AIRNYA
1/3 CAWAN G HALUS
SEDIKIT PARUTAN KULIT LEMON.
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
2 SUDU BESAR TEPUNG KASTAD.
CARA;
MASAK SECARA DOUBLE BOILER.
CAMPURKAN KESEMUA BAHAN TADI MENGGUNAKAN WHISK..TAPIS MASUKKAN KE PERIUK DAN MASAK DGN DOUBLE BOILER SAMPAI KUAH KASTAD SAMPAI LIKAT DAN PEKAT.
APABILA DAH PEKAT BOLEHLAH DI ANGKAT DAN SEJUKKAN.
SOS INI ENAK DI HIDANGAN BERSAMA PUDING TADI.
PESAN NIKEE;
1- JIKA NAK KEMASAMAN PRUNES KEKAL..TAK PERLU DI MASUKKAN SUSU CAIR KE DALAM PUDING TADI..JADI LAGILAH TERANGKAT RASA MASAMNYA.
2- BOLEH DI TAMBAH SUKATAN GULA JIKA SUKA DALAM SOS TADI..PADA YG NAKKAN SEDIKIT MANIS.
No comments:
Post a Comment