SALAM SEMUA!
SELAMAT MALAM SEMUA....
DI KESEMPATAN NI,NIKEE MASIH LAGI TERUJA NAK MEMASUKKAN ENTREE TUK TATAPAN SEMUA,MAAFLAH KERANA MENYEPIKAN DIRI HAMPIR 3 MINGGU.
KALI NI NIKEE NAK KONGSI RESEPI BROWNIES YG MEMANG SUDAH MENJADI KEGEMARAN SAYA,TAHU TAK SETIAP KALI NIKEE NAK MEMBAKAR SEBIJIK KEK ATAU MEMBUAT BROWNIES NIKEE,AKAN KE PASAR TANI DI SEKITAR KAWASAN NI TUK MENDAPATKAN BEKALAN TELOR YG FRESH GRED A LAGI.
APABILA NAK MEMBUAT KEK TERUTAMANYA BROWNIES KITA PERLUKAN TELOR FRESH SAHAJA,NIKEE BUANGKAN MATANYA@ TALI PUSATNYA SATU PERSATU TUK MENGELAKKAN ADUNAN KEK MENJADI HANYIR TERUTAMA ADUNAN KEK COKLAT.
HARI INI BROWNIES NI NIKEE BUAT MENGGUNAKAN RESEPI KAKWAN CITARASAWAN,DAN DI OLAH DENGAN JEM STRAWBERY.BAGI NIKEE KAKWAN MEMANG PANDAI DAN BERKONGSI RESEPI YG TERBAIK,KREDIT TUK BELIAU.
JOM SEMAK RESEPI BAGI YG GEMARKAN COKLAT.TUK JEM STRAWBERYNYA NIKEE GUNAKAN JENAMA SMUCKERS JEM NO SUGAR ADDED-SUGAR FREE.PASTIKAN ANDA GUNA SUGAR FREE JEM KERANA,KANDUNGAN GULA DLM RESEPI KAKWAN SUDAH PUN BANYAK SUKATANNYA.
INTAI RESEPI YA;
STRAWBERY SWIRLS CHEWY GOWEY BROWNIES;
OLEH; KAKWAN CITARASAWAN
300 G MENTEGA
80 G SERBUK KOKO
350 G GULA PERANG
300 G COKLAT MASAKAN
6 BIJI TELOR- DI PUKUL RINGAN
100 G TEPUNG GANDUM
2 SUDU KECIL VANILLA ESEN
1 CWN KCG WALNUT@ALMONDS NIBS-DI PANGGANG(GAULKAN DGN SEDIKIT TEPUNG DAN CINCANG KASAR)
1 CAWAN JEM STRAWBERY SMUCKERS- DI CAIRKAN DI ATAS API YG SLOW SAMPAI CAIR.
CARA;
1- CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER SAMPAI CAIR .KETEPIKAN.
2- MASUKKAN MENTEGA KE DLM PERIUK,MASUKKAN SERBUK KOKO,GAULKAN RATA DI ATAS API YG SEDERHANA @ DOUBLE BOILER KALAU TAKUT HANGIT,ANGKAT DAN MASUKKAN PULA GULA PERANG,BIARKAN ADUNAN RATA.
3- MASUKKAN TEPUNG YG DI AYAK,MASUKKAN PULA TELOR YG DI PUKUL TADI SERTA COKLAT MASAKAN YG DICAIRKAN TADI.
4- PANASKAN JEM STRAWBERRY SMUCKER DALAM 1 CAWAN DI ATAS API YG PERLAHAN SAMPAI CAIR KETEPIKAN.
5- LAST SEKALI,KAUP BALIK ADUNAN,MASUKKAN PULA KEKACANG TADI,TUANGKAN DALAM LOYANG YG EMPAT SEGI BERUKURAN 10X10.BAKAR SELAMA 1JAM PD SUHU 150C.MASA NI TUANGKAN STRAWBERY JEM TADI DI ATAS PERMUKAAN ATAS BROWNIES TADI.AMBIL LIDI HALUS @ HUJUNG SUDU SWIRLKAN JEM TADI SAMPAI MENJADI MARBLE.BAKAR SAMPAI MASAK.
sangat suka brownies. Copy paste resepi ya, nanti boleh cuba! ^^
ReplyDeleteHMM..SUKE MEL CUBALAH..MEMANG BEST TAU TERUTAMANYA BILA ADA JEM TU..DAH BYK KALI NIKEE BUAT NI...
DeleteAs salam Nikee. I selama ni tak suka brownies. Suka makan kek sahaja. Tapi jika nak cuba, resepi mana yg Nikee rekemen
ReplyDelete