SALAM SEMUA!
APA KABAR?CUACA MASIH LAGI MENDUNG DI SEKITAR SELANGOR NI,TEPAT JAM DUA KE ATAS HUJAN TURUN TANPA HENTI..SEMUA KERJA TERGENDALA.
MAAFLAH KERANA UNTUK BEBERAPA HARI NI,NIKEE TIDAK DAPAT LUANGKAN MASA.CALEB BARU SAHAJA KELUAR DARI SJMC SEBABKAN DEMAM PANAS YG TAK KEBAH-KEBAH
N3 ,PETANG NI TIADA YG ISTIMEWA TETAPI,NAK NIKEE BERKONGSI RESEPI MASAKAN NASI DAGANG KELANTAN YG FAMOUS NI.
RAMAI YG PANDAI MEMASAKNASI INI ,RAMAI YG MEMPUNYAI CITARASA DAN CARA TERSENDIRI DALAM MENGOLAH SETIAP MASAKAN YG DISEDIAKAN.
JOM KITA INTAI RESEPI NIKEE NI..
NASI DAGANG KELANTAN
RESEPI:PUAN ZAINAB ISMAIL
1 KILO BERAS NASI DAGANG
5 PLASTIK KECIL SANTAN SEGAR
BAWANG MERAH KECIL-MAYANG HALUS
BAWANG PUTIH KECIL-MAYANG HALUS
HALIA MUDA- MAYANG HALUS
SEDIKIT GARAM
1 SUDU BESAR HALBA
SEDIKIT GULA HALUS
BEKAS MENGUKUS
CARA;
1- BASUH BERAS RENDAM SEMALAMAN @ BEBERAPA JAM SEBELUM DI MASAK BERSAMA HALBA.
2- MASAKKAN SANTAN PEKAT TADI BERSAMA GARAM DAN JUGA SEDIKIT GULA SAMPAI PEKAT DAN SESEDAP RASA.
3- SEDIAKAN BEKAS KUKUSAN,TUNGGU SAMPAI AIR KUKUSAN MENDIDIH MASUKKAN BERAS MERAH TADI,KUKUSANLAH DALAM 30 MINIT,LAGI LAMA LAGI BAGUS...CARA MENGUKUS LAMA NASI NI AKAN MEMENDEKKAN MASA MENGUKUS BERAS TADI.
4- APABILA DAH 30 MINIT ANGKAT DAN ARUNGKAN SANTAN BERSAMA BERAS YG DI KUKUS TADI.
5- MASA NI JIKA NAK GAULKAN BERSAMA BAWANG MERAH DAN BAWANG PUITH SERTA HALIA YG DI MAYANG
6- ANDAI KATA NASI MASIH MENTAH @ KERAS ELOKLAH DI KUKUS SEKALI LAGI SAMPAI LEMBUT DAN MASAK..SELALUNYA KALAU BERAS MERAH SAHAJA MASA MENGUKUS AGAK LAMA SEDIKIT BERBANDING BERAS YG DI CAMPUR BERSAM BERAS WANGI.
7- KALI NASI MASAK DAN BOLEHLAH DI HIDANGKAN...BERSAMA CAR TIMUN MENTAH,GULAI TONGKOL SERTA GULAI AYAM.
RESEPI SAMBAL NYUIR MANIS;
1 BIJI KELAPA PARUT-TANPA KULIT ARINYA.
1 BATANG SERAI-MAYANG HALUS
3 CM HALIA MUDA
5 ULAS BAWANG MERAH KECIL
1 KEREK GULA MANISAN
1 EKOR IKAN KEMBUNG REBUS- AMBIL ISINYA SAHAJA.
SEDIKIT GARAM HALUS
KUALI-TUK MENGGORENG KELAPA PARUT.
CARA;
GORENGKAN KELAPA PARUT SAMPAI GARING KETEPIKAN.
AMBIL LESUNG BARU TUMBUK BAWANG,HALIA SERTA SERAI SAMPAI HANCUR DAN LUMAT.
TUMBUKKAN ISI IKAN REBUS TADI,SAMPAI LUMAT.
TUMBUKKAN MANISAN BERSAMA ISI IKAN TADI,CAMPURKAN SEKALI DENGAN BWG MERAH ,HALIA SERTA SERAI TADI...LETAKKAN DI DALAM BEKAS GAUL RATA.
AMBIL KELAPA PARUT TADI TUMBUK SAMPAI LUMAT,DAN GAULKAN BERSAMA SEMUA BAHAN TADI..MASA NI MASUKKAN GARAM...PASTIKAN SAMBAL NI MANIS SEDIKIT BUKANNYA PEDAS SEPERTI SAMBAL KELAPA NASI KERABU.
BOLEHLAH DI MAKAN BERSAMA NASI DAGANG TADI..PASSSSTI TERANGKAT.
SAMBAL NI JUGAK BOLEH DI MAKAN BERSAMA KETUPAT NASI ATAU NASI IMPIT SEBAGAI SARAPAN PAGI.
PESAN NIKEE;
KUKUSLAH NASI DAGANG SELAMA YG MUNGKIN SEHINGGA NASI BENAR-BENAR LEMBUT.
SELAMAT MENCUBALAH...
No comments:
Post a Comment