Friday, 9 November 2012
MEE SIAM PUTIH
SALAM SEMUA!
HARI NI NIKEE NAK TUNJUKKAN MENU YANG TERTUNGGAK NI MEE SIAM PUTIH.SEPATUTNYA MEE NI MEMENUHI RUANG N3 BULAN LEPAS TETAPI NIKEE SIBUK SESANGAT SAMPAI NIAT TU BERKUBUR JER.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,MEE SIAM PUTIH NI ENAK DI SAJIKAN BERSAMA KUAH TAUCHU..SEBAGAI KUAHNYA.
DI SEBABKAN KESUNTUKKAN MASA NIKEE KECUALIKAN JER KUAH TAUCHUNYA.
MEE SIAM NI NIKEE RASA RAMAI YG DAH PRO MEMBUATNYA,TAPI APALAH SALAHNYA NIKEE NAK SHARE SERBA SEDIKIT KELAINAN DI SINI..JOM INTAI RESEPI MUDAH NI.
MEE SIAM PUTIH;
RESEPI; NIKEE
1 BUNGKUS MEEHOON
1 BIJI BAWANG MERAH BESAR
2 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU BESAR UDANG KERING-RENDAM AIR PANAS-
3 BIJI CILI PADI@ CILI BESAR HIJAU
- SEMUA BAHAN DI TUMBUK SAMPAI HANCUR.
SOS IKAN
SERBUK PERASA
SEDIKIT LADA SULAH
MINYAK TUK MENUMIS
3 EKOR UDANG SEGAR BESAR-CELUR & RACIK HALUS
SEDIKIT ISI AYAM-CELUR & POTONG HALUS
3 EKOR SOTONG- BERSIHKAN DI POTONG BULAT &CELUR.
1/2 BATANG KAROT- SAGAT
1 BATANG DAUN BAWANG - MAYANG KASAR
1 BIJI BAWANG BESAR KUNING- MAYANG HALUS
SEDIKIT KUBIS BEIJING-MAYANG HALUS
CARA;
PANASKAN MINYAK.TUMISKAN BAHAN YG DI TUMBUK TADI SAMPAI GARING DAN WANGI.
SELEPAS TU MASUKKAN SOTONG,UDANG SERTA DADA AYAM YG DI CELUR TADI DAN GAUL SAMPAI SEBATI.
MASUKKAN BIHUN SERTA SEDIKIT SERBUK PERASA DAN SOS IKAN ....LADA SULAH.
KALAU BIHUN MASIH KERAS MASUKKAN SEDIKIT AIR DAN GAULKAN BERSAMA SAYURAN TADI.GAULKAN SEKEJAP SAMPAI SAYUR LAYU.
APABILA DAH MESRA RASA,BOLEHLAH DI ANGKAT DAN HIDANGKAN PANAS-PANAS.
PESAN NIKEE;
BAGI YG KURANG GEMARKAN RASA UDANG KERING,BOLEH DI KECUALIKAN...MASAKLAH MEEHOON NI DENGAN BAWANG DAN CILI SAHAJA.
APABILA DAH DI CAMPURKAN LAUK YG DI CELUR TADI JANGANLAH DI GORENG LAMA MEMADAILAH SEKEJAP SAHAJA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment