HARI INI SEGALA URUSAN TERGENDALA..HARI HUJAN DAN TIADA APA YANG DAPAT DITERUSKAN..ALMAKLUMLAH URUSAN RUMAHTANGGA INI MEMANG TAK PERNAH SELESAI RASANYA.
HARI INI NIKEE NAK BERKONGSI RESEPI MUDAH ALA-ALA NIKEE YANG MEMANG AGAK SENANG NAK DISEDIAKAN.
RASANYA RAMAI YANG MINAT MEMAKAN NASI BERLAUKKAN AYAM..
JOM MASAK AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE INI..
AYAM GORENG BEREMPAH
OLEH; NIKEE
500G AYAM-BERSIHKAN DAN SEJATKAN AIRNYA.
5 ULAS BAWANG PUTIH@SERBUK BAWANG PUTIH
2 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT
2 SUDU KECIL SERBUK KARI
1 SUDU KECIL SERBUK KETUMBAR
1 SUDU MAKAN SERBUK CILI @ CILI KISAR.
1 SUDU KECIL SERBUK JINTAN MANIS
1 SUDU KECIL SERBUK JINTAN PUTIH.
SEDIKIT HALIA MUDA
SEDIKIT SERAI
GARAM
SERBUK PERASA
2 SUDU BESAR SOS IKAN THAI
2 SUDU BESAR MADU
CARA-
MASUKKAN SEMUA KE DALAM BLENDER DAN PUTAR SAMPAI SEMUANYA HANCUR DAN SEBATI..LETAK SEDKIT SAHAJA AIR SEMASA MENGISAR AYAM INI.
MASUKKAN BAHAN YANG DIKISAR KE DALAM AYAM YANG DI BASUH TADI..PASTIKAN AYAM BENAR-BENAR KERING TIADA LANGSUNG AIRNYA.
PERAPAKAN BEBERAPA JAM SEBELUM MENGORENGNYA DI DALAM MINYAK YANG DALAM.
TIPS;
BOLEH DI GORENG BERSAMA HELAIAN DAUN KARI SEBAGAI PEWANGI DI DALAM MINYAK..GUNTINGKAN BERSAMA KE DALAM MINYAK DAUN PANDAN.
BOLEH DI MASUKKAN BEBERAPA KEPING BISKUT TAWAR BIASA@BISKUT LEMAK TU SEBAGAI PEMEKAT BAHAN PERAPAN SUPAYA MELEKAT PADA AYAM
ANDA JUGA BOLEH MEMASUKKAN 2 SUDU BESAR LADA HITAM DAN KISAR BERSAMA DENGAN BAHAN PERAPAN TADI.
GORENGLAH PADA MINYAK YANG TIDAK TERLALU PANAS ..SEBAB DI DALAM PERAPAN ADER KANDUNGAN MADU YANG BOLEH MENYEBABKAN AYAM MUDAH HANGIT DARI GARING
GORENGLAH SESEDAP RASA.
SELAMAT MEMASAK.
No comments:
Post a Comment