Saturday, 2 March 2013
BROWNIES KUKUS MARMAR
SALAM SEMUA!
QUICK N3 HARI INI....
BEBERAPA HARI LEPAS NIKEE MELUANGKAN SEDIKIT MASA MEMBUAT BROWNIES KUKUS INI.RESEPI DARI SENTUHAN SELERA METROPOLITAN NI DAH LAMA BERPERAP DALAM KABINET DAPUR .
BAGI YANG NAK MENCUBA DAN MASIH MENCARI RESEPI BROWNIES KUKUS,NIKEE SARANKAN INI ADALAH YANG TERBAIK..KERANA HASILNYA MEMANG DI LUAR JANGKAAN .BROWNIES MAMPU BERTAHAN HAMPIR SEMINGGU DI DALAM PETI AIS SERTA KEENAKKANNYA MASIH TERASA.
SESUAI DI SEDIAKAN SEWAKTU JAMUAN KENDURI,HARI RAYA SERTA BUAH TANGAN UNTUK KE RUMAH ORANG..
JOM SEMAK RESEPI NIKEE...
BROWNIES KUKUS MARMAR;
BAHAN A;
7 BIJI TELOR(350 G)
1/2 SUDU TEH GARAM HALUS
1/2 SUDU TEH SERBUK VANILIN@VANILA ESEN
175G GULA KASTER.
BAHAN B;(DI AYAK)
250G TEPUNG GANDUM
25G SUSU TEPUNG
1 SUDU BESAR TEPUNG KASTAD
1 SUDU KECIL SERBUK PENAIK
BAHAN C;
20G CAKE EMULSIFIER@OVALETTE
BAHAN D;(DICAMPUR)
50 ML MINYAK SAYURAN
50G MARJERIN@BUTTER-LEMBUT.
BAHAN E;
50 ML SUSU CAIR
1 SUDU BESAR SERBUK KOKO
1 SUDU BESAR COKELAT MASAKAN-DI CAIRKAN
CARA MEMBUAT;
1 - MASUKKAN BAHAN A, B DAN C,PUKUL SAMPAI KEMBANG SERTA BERWARNA PEKAT PUTIH.
2- TUANGKAN BAHAN D,DIKACAU PERLAHAN SEHINGGA SEBATI.
3- AMBIL SEBANYAK 50G ADUNAN PUTIH INI,CAMPURKAN KE DALAM BAHAN E,KACAU SAMPAI SEMUANYA BERGAUL RATA.
4- TUANGKAN ADUNAN TADI KE DALAM ADUNAN LEBIHAN TADI,KACAU PERLAHAN HINGGA MENJADI POLA MARMAR
5- MASUKKAN ADUNAN KE DALAM BEKAS LOYANG YG TELAH DI SAPU DENGAN MENTEGA.
6- KUKUS SELAMA 30 MINIT.
ACUAN-NIKEE PAKAI EMPATSEGI SAIZ 6X8 JADI KUKUS DALAM 40 MINIT.
ACUAN 8@ 9- RASANYA 30 MINIT MEMADAI-ANDAI MASIH BELUM MASAK BOLEHLAH DI TAMBAHKAN MASA MENGUKUS.
PESAN NIKEE:
BILA MENGUKUS GUNAKAN API SEDERHANA BESAR..BAGI MENGELAKKAN BROWNIES NAIK MENDADAK DAN BERLAKUNYA BROWNIES BANTAT.
INGAT TELOR MESTI FRESH OK...BUANGKAN TALI PUSATNYA..
BILA MENGUKUS JANGANLAH DI BUKA PENUTUP KUKUSAN SEHINGGA BETUL-BETUL MASAK.
BALUT DENGAN NAPKIN TUTUP KUKUSAN.
GUNAKAN LOYANG ACUAN BERSESUAIAN DENGAN KUKUSAN BAGI MEMBERI RUANG PADA UDARA DAN WAP SEMASA MENGUKUS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment