Sunday, 3 March 2013
CUPPIES YANG KAK AZIE SUKA!
SALAM SEMUA!
KALI INI NIKEE RASA AMAT TERUJA SANGAT APABILA MELIHAT KAK AZIE DARI AZIE KITCHEN BLOG..MENYEDIAKAN CUPPIES NIKEE.ALHAMDULILLAH NAMPAKNYA CUPCAKES YANG DISEDIAKAN KAK AZIE BENAR-BENAR MENJADI.
JADI BAGI YANG DAH PUN MENJENGUK BLOG KAK AZIE PASTI ADA YNAG TERPANDANG KEK-KEK CAWAN HEBAT HASIL TANGAN KAK AZIE.
BAGI YANG NAK MENCUBA BOLEHLAH MENYALIN RESEPI DI SINI @JENGUK DI BLOG AZIE KITCHEN.
SEBENARNYA,KEK CAWAN INI BOLEH DI ADAPTASI DALAM PELBAGAI RASA SEPERTI,LEMON,OREN,BLUEBERRIES,DAN BERMACAM JENIS RASA LAGILAH.
JOM INTAI RESEPI INI....
I-VILLAGE VANILLA CUPCAKES;
1 1/4 CAWAN MENTEGA
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
6 BIJI TELOR AYAM-GRED A
2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 1/2 CAWAN GULA HALUS
1/3 CAWAN SUSU SEGAR@KOTAK.
1 SUDU KECIL ESEN VANILA@PERISA LAIN YG DIGEMARI.
ICING @FROSTING;
8 SUDU BESAR MENTEGA TAWAR
3 SUDU BESAR SUSU
3 1/2 CAWAN GULA ICING
METALIC COLOR DRAGEES-HIASAN
1 SUDU KECIL ESEN VANILA@ PERISA LAIN.
CARA MEMBUAT KEK:
PUTARKAN MENTEGA BERSAMA GULA HALUS SAMPAI PUTIH DAN KEMBANG.
MASUKKAN PULA TELOR SATU PERSATU SAMPAI HABIS,PASTIKAN ADUNAN DI PUKUL SELAMA 3-4 MINIT MASUK ESEN YG DI SUKAI.
PASTIKAN ADUNAN DI ATAS BENAR-BENAR GEBU DAN RINGAN,PERLAHAN KAN MESIN PEMUTAR,MASUKAN TEPUNG YANG TELAH DI AYAK BERSAMA SERBUK PENAIK,BERSELANG SELI DENGAN SUSU SAMPAI HABIS.
APABILA SUDAH SIAP BOLEHLAH DI MASUKKAN KE DALAM PAPERCUPS DAN BAKAR PADA SUDU 180C SELAMA 25-30 MINIT..
CARA MEMBUAT FROSTING;
MULA-MULA PUKUL MENTAGA TAWAR SAMPAI LEMBUT MASUKKAN ESEN YANG DI SUKAI.
SETELAH BERCAMPUR RATA,MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT GULA ICING SAMPAI HABIS,PADA MASA INI ANDA BOLEHLAH MEMASUKKAN SUSU ...
RASALAH FROSTING ANDA MENGUNAKAN GIGITAN DI HUJUNG LIDAH BAGI MEMASTIKAN KEMANISANNYA...JIKA ADUAN SUDAH RINGAN DAN GEBU BOLEH SEGERA DI GUNAKAN ANDAI KATA TERLALU BERAT,BOLEHLAH DI MASUKKAN SEDIKIT LAGI SUSU BAGI MERINGANKAN FROSTING.
APABILA SUDAH SIAP PAIPLAH DI ATAS KEK DAN HIASLAH DENGAN DRAGEES.
PESAN NIKEE;
KALAU DI IKUT RESEPI ASAL TIADA ESEN DI MASUKKAN..NI TERPULANGLAH PADA CITARASA ANDA.
JIKA NAK MENDAPATKAN SEPERTI DI DALAM FOTO,NIKEE MENGGUNAKAN PAPERCUPS YG SEDIKIT KECIL DARI BEKAS ACUAN CUPCAKES DAN DISIKAN HAMPIR PENUH.
IKUT RESEPI INI..DAPAT CUPCAKES SEBANYAK 12 BIJI BERSAIZ BESAR..KALAU MEDIUM BANYAKLAH YG DAPAT.
ANDA BOLEH MEMBELI ACUAN CUPCAKES BERSAIZ TINGGI DAN RENDAH DI KEDAI BAKERI YG SEDERHANA BESARNYA..DALAM 16 BIJI SEACUAN.
UNTUK KEK INI NIKEE MEMBAKARNYA SELAMA 25 MINIT KERANA NAK DAPATKAN WARNA SERATA
BOLEH DI TABURKAN COCO CHIPS,DRIED BLUEBERRIES,RAISINS,BLACKCURRANT,DRIED CRANBERRIES DAN MACAM-MACAMLAH LAGI YANG ANDA GEMARI..APAPUN SEMUA BAHAN DI ATAS HARUSLAH DI GAUL DENGAN SEDIKIT TEPUNG SUPAYA TIDAK SINKING @ TENGGELAM KE DASAR KEK.
SELAMAT MENCUBA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
As salam Nikee. Aduh jiwa kacau lagilah melihatkan gambar gambar di sini. Cupcakes ni memang sedap tp kenapa saya punya tak jadi bulat meninggi mcm Nikee punya. Warna keemasannya pun cantik sangat.
ReplyDeleteacuan nikee mungkin tak sama dengan kak zie punyalah agaknya..akak bole beli yg di jual di yen@ baguz berwarna aluminium biasa sedulang tu ada 16 acuan cupcakes..yg nonstick akak pkai sekarang mungkin terlalu berat kot...
ReplyDeleteklu resepi asal penulis membakar dlm suhu 180 25-30 min,utk kek yg besar..nikee bakar selama 25 mins kak mmg masak sekata kak..kek tetap sedap....
kak zie cuba cari acuan tu dulu ok...ada 2 bentuk yg tinggi utk muffin dan rendah cupcakes....kalu yg muffins tu akak chck blueberries muffin yg nikee sediakan tulah perbezaannya kak!
nikee juga gunakan papercups sedikit kecil dr acuan supaya kek yg dibkr memngunung sedkit....naik puff serata...
ReplyDeleteOhh yg Nikee maksudkan ni ialah dulang acuan cupcake dan cawan kertas ya. Skrg kami guna yg non stick, cuma ada 12. Nnt nak carilah. Sb cupcake Nikee sgt cantik bentuknya.
ReplyDeleteyer kak!manalah tahu tips begini boleh membantu ....all the best!
ReplyDeleteDear Nikee,
ReplyDeleteYe lah, baru perasan cupcake Nikee tu kecil bawah dan naik ke atas. Boleh tengok tak, apa saiz oz cawan kertas yg diguna. Hahaha tak putus asa. Nak buat smp jadi spt ini. Kalau cawan kertas lebihkecil dari acuan, takke nanti adunan tu mengikut acuan. Biasakan adunan lembik dan berat
susah nak jwb pertanyaan akak..sepatutnya tak boleh digunakan papuecups kecik tapi acuan cupcakes tu harus menepati kek cawan yg nk di bakar.kalau kecik pun taklah kecik sangat 1 size smaller...arap kakak azie jumpa acuan yg nikee katakan tu yer
ReplyDelete