Monday, 18 March 2013

SIRA PISANG RAJA ICE REAM VANILLA








                                             
                                                 SALAM SEMUA!


KALAU BERCERITA HAL PISANG RAJA ATAU  PISANG-PISANG YANG LAIN SEPERTI NANGKA , ABU, AWAK SERTA KAPAS..INI ADALAH PISANG YANG SELALU DI MASAK SEBAGAI SIRA PISANG.

DI TEMPAT KELAHIRAN NIKEE PISANG SIRA AMAT POPULAR DI JAMAH DI BULAN PUASA SELEPAS BERBUKA ATAU SELEPAS BERSOLAT TARAWIH.

KALI INI KITA KONGSI BERSAMA MASAKAN MUDAH INI DAN DI MAKAN BERSAMA DENGAN VANILA AIS KRIM YANG LEMAK BERKRIM.


PISANG RAJA PUN ADALAH SALAH SATU PISANG YANG PALING SESUAI DI BUAT SWEET DESSERT SEPERTI INI MEMANG MENEPATI CITARASA CUMA SUSAH NAK MENDAPATKAN PISANG INI.

SIRA PISANG RAJA AMAT WANGI BAUNYA SERTA ENAK....











     



JOM KITA MASAK SAMA-SAMA,KALAU TAK NAK MASAK PUN INTAI SAJA DI SINI SUDAH PUN MENCUKUPI


SIRA PISANG RAJA

OLEH: NIKEE


5-6 BIJI PISANG RAJA-BUANG KULITNYA.

1/3 CAWAN GULA PASIR.

3-4 KUNTUM BUNGA CENGKIH

1 HELAI DAUN PANDAN

1/3 CAWAN AIR

SEDIKIT PEWARNA KUNING TELOR



CARA MENYEDIAKAN:


MASUKKAN PISANG KE DALAM PERIUK DAN TABURKAN GULA,CENGKIH SERTA DAUN PANDAN SERTA AIR.MASUKKAN PEWARNA KUNING GAUL RATA SUPAYA WARNA BERCAMPUR SEBATI.

GUNAKAN API SEDERHANA,MASAKKAN SAMPAI PISANG MENJADI EMPUK .APABILA SUDAH EMPUK BOLEHLAH DI ALIH DARI API DAN SEJUKKAN.

APABILA PISANG BETUL-BETUL SEJUK,AMBIL PISANG SIRA TADI DAN NIKMATI BERSAMA AIS KRIM VANILA....TABURKAN SIRAP GULA LEBIH DARI SIRA TADI KE ATAS AIS KRIM










3 comments:

  1. nikee... tengok sira pisang ngan iskrim nie mengancam betul...cuaca tgh panas nie...

    ReplyDelete
  2. Pisang raja memang sedap dimasak apa saja

    ReplyDelete
  3. mori..makan sira pisang sedap tau..bile bulan posa..akak azie:dah terliur lama dah tapi jupe si pisang raja..hmmm apa lagi buatlah sira.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...