Wednesday, 15 February 2012

BUBUR BUTIR NANGKA & SAGU PAL



SALAM!
HARI NI BUZY SIKIT...HMM MELAYAN SI BABY BOY NIKEE YG MAKIN KELETAH NI...HMM MACAM BIASA SESI MEMASUKKAN FOTO-FOTO MASAKAN LAMA MASIH TERSANGKUT-SANGKUT LAGI MAKLUMLAH.... KENA CURI MASA BOY TIDO BARULAH ADA CHANCE...
HARI NI..BAGI  YG MINAT MEMASAK BUBUR BOLER TENGOK FOTO DI ATAS..NOSTALGIA TAKK...HAHAHA! NILAH BUBUR BUTIR NANGKA & SAGU  PAL.BAGI YG TAK TAHU NI ADALAH HIDANGAN KLASIK DARI KELANTAN YG SERUPA DGN BUBUR CANDIL@PUN BADAK BERENDAM......
YG BERWARNA PINK TU BUTIR NANGKA...YG MANER DI GENTEL-GENTEL MENYAMAI BIJI NANGKA...YG HIJAU TU..SAGU HIJAU YG DI KEPAL LALU DI KG DI PENDEKKAN JADILAH PANGGILAN SAGU PAL-SAGU KEPAL.
BAGI YG BERMINAT TAK TAHU APER NK DI MKAN PTG BERSAMA MINUM TEH BOLEHLAH  TRY BUAT BUBUR KLASIK YG SEDAP LAGI HUMBLE NI
LIHAT RESEPI BI BAWAH...LAYAN.


BAHAN;

1 Kampit kecik tepung beras pulut
200 ml santan kotak@ santan segar dlm 2 cwn.
sedikit air kapur-dalam 2 sudu makan
2 sudu teh halia muda-di hiris pjg dan halus
1 sudu teh halba
2 helai daun pandan;1 utk diletakkan dlm air rebusan butir nangka tadi.1 lagi utk dimasukkan dalam kuah santan
secubit garam
1 kpg gula melaka(OPTIONAL)-dipotong dadu kecil utk di isikan dlm kepalan sagu pal nanti
1 sudu teh tepung beras-utk memekatkan kuah santan.
1/2 cwn air.
200g sagu mata ikan kecik-warna suka ati u all.
5 sudu makan gula pasir

CARA MEMBUATNYER;
1-  Tepung beras pulut di campurkan dgn sedikit air kapur,kemudian di masukkan pula air..di uli sampai adunan tidak melekat di jari dan tangan.
2-   Apabila adunan dan sebati masukkan sedikit pewarna yg anda gemari utk mencantikkan lagi  warna butir nangka anda.
3-   Masukkan santan,garam,daun pandan serta beberapa sudu makan gula putih...kemanisan kuah tergantung kepada kita.Lepas tu..letakkan sekali halba dan hirisan halia tadi..jika santan kelihatan pekat masukkan lah sedikit air bagi  mencairkan kepekatan santan tadi.Panaskan di atas dapur kuah tadi,kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.Apabila dah sikit mengelegak dan panas bolehla di ketepikan.Andai kata kuah terlalu cair bolehlah dimasukkan 1 sudu teh tpg beras tadi.
4-    Didalam  periuk yg lain..masukkan air separuh penuh,dimasukkan juga ikatan daun pandan utk menwangikan air rebusan nanti.Tunggu air mendidih.
5-    Adunan tepung beras yg siap di adun tadi bolehlah digentel menyamai biji nangka..dimasukkan ke dalam periuk  yg berisi air...tunggu biji tadi terapung lalu di angkat dan dimasukkan ke dalam kuah yg telah siap dimasak..ulangi proses sampai adunan doh abis.
6-   Dalam bekas yg lain ambik sagu mata ikan yg bersaiz kecil....cedukkan sedikit air rebusan yg merebus biji tadi..gaulkan dengan sudu sehingga melekat antara satu sama lain....kemudian  ambik aduan sagu tadi dan diletakkan sedikit hirisan gula melaka tadi dan di kepal kepal sebesar saiz fish ball dan direbus sampai masak dan sagu kelihatan berkilat.Selepas beberapa minit dan sagu sudah berkilat dan masak terus di angkat dan masukkan didalam kuah tadi.Anda harus tunggu sehingga sagu yg dikepal tadi terapung seperti biji-biji tadi baru di angkat. 
7-   Nah..dah siap bubur kita bolehlah di hidangan di waktu petang..bubur ni pun sangat sesuai untuk dihidangkan semasa berbuka puasa..selamat mencuba.


























Sunday, 12 February 2012

CUPPIES COCO WAWA

Inilah entry kali ke 3 ari ni...cuppies ni adalah buat secara tak sengaja adik ipar bongsu nikee..nak tak nal wawa terpaksalah makan cuppy humble hasil air tangan nikee....kesian wawa mana tak kek ni abis 5 dimakannya sbb masa tu wawa dah sarat sangat terboyut2 bawa aaron masuk  9 bulan...aper pun komen wawa sedap kak nikee..tak sangka..aper pun nikee hepi dpt buat wawa tersenyum buat kali terakhir sebelum perit melahirkan aaron pd october....jom layan resepi yg mudah ni.
BAHAN-BAHAN CAKE;
1/2 CUP(50G)-COCO POWDER
1 CUP @240ML-BOILING HOT WATER
11/2@175G FLOUR
1/2 UNSALTED BUTTER(113G)
2 TSP BAKING POWDER
1 CUP CASTOR SUGAR(200G)
2  LARGE EGGS
2 TSP VANILLA ESSENCE

CARA;
DALAM SATU BEKAS SATUKAN SERBUK KOKO BERSAMA AIR PANAS..KACAU  SEBATI KETEPIKAN UTK SEJUK.
PUTARKAN BUTTER BERSAMA DGN GULA SAMPAI KEMBANG,MASUKKAN TELOR PUTARKAN SAMPAI RATA.
KEMUDIAN MASUKKAN VANILA ESEN.
KEMUDIAN JANGAN LUPA AYAKKAN TEPUNG DENGAN BAKING POWDER+ SECUBIT GARAM..
SETELAH ITU TERUSKAN MEMASUKKAN TPG SEDIKIT-SEDIKIT BERSELANG SELI DAN BANCUHAN COCO TADI..LAKUKKAN INI SEHINGGA ABIS..ANGKAT DAN MASUK DLM .ACUAN CUPCAKES YG ANDA GEMARI.ISIKAN SEPARUH DARI ACUAN ITU BAKAR DI SUHU 160C SELAMA 15-20 MINIT.APABILA MASAK BIARKAN SEJUK.

COCO FROSTING;

4 AUNS COCO BAR@ COOKING COCO BAR
150G@ 2/3CUP-UNSALTED BUTTER
160G@11/3 CUP ICING SUGAR
11/2 TSP VANILLA ESSENCE

CARA;
PANASKAN COCO BAR DI ATAS PERUIK DOUBLE BOILER SEHINGGA CAIR.BIARKAN SEJUK SEDIKIT SETELAH ITU PUTARKAN MENTEGA TADI SAMPAI KEMBANG SAMBIL DIMASUKKAN COCO CAIR TADI..SELEPAS TU JGN LUPA MASUKKAN VANILA..APABILA MENTEGA SUDAH KEMBANG SERTA PUTIH MASUKKAN GULA ICING SEDIKIT SEHINGGA SEBATI DAN BOLERLAH DIANGKAT...PASTIKAN SPEED PEMUTAR KEK DI TAHAP MEDIUM  SAHAJA...KALAU ICING KELIHATAN TERLAMPAU KERAS LETAK SEDIKIT AIR@ SUSU UTK MENJADIKAN ICING TADI SEDIKIT RINGAN @ LOOSE..BOLEHLA DI PAIPKAN KE ATAS KEK TADI.

Pada kek cuppies wawa ni nikee letak buttercream frosting yg selalu di buat sebab masa  tu tiada coco bar...sbb hasil frosting coco bar lagi best dari coco powder.untuk resepi buttercream di atas nilah resepinya.......layan kt bwh ok.

BUTTERCREAM;

150G;KRIMWELL
100G UNSALTED BUTTER
300G ICING SUGAR
VANILLA ESSENCE
2-3 SUSU@ WHIPP CREAM;JIKA ADER

CARA;
PUTARKAN BUTTER YG DI SUHU BILIK BERSAMA KRIMWELL PERLAHAN2 PD MEDIUM SPEED ...SEHINGGA SEBATI DAN BERTUKAR PUTIH..MAKNANYA SEBATI..MASUKKAN ESEN VANILA..KEMUDIAN MASUKKAN SEDIKIT2 ICING SUGAR SEHINGGA SEBATI LEPAS TU LETAKKAN SUSU..PAIPKAN PD KEK TADI
P/S;-SEBENARNYA NI SALAH SATU RESEPI BUTTERCREAM YG PALING MUDAH DAN LAZAT NK BERBANDING RESEPI BUTTERCREAM YG BERCAMPUR SHORTENING BIASA YG DI CAMPURKAN GULA KASTOR YG DI CAIRKAN..ICING NI KEKAL LAMA PD SUHU BILIK DAN TIDAK BERKILAT SPT MENGELUARKAN MINYAK...

TURKEY HAM& GLAZE ONION QUICHES

Hai! hari sempat gak nk masukkan foto dari simpanan lalu yg tersimpan di dlm computer.Inilah quiche@ dalam bahasa melayu.....tat  yg rasa masin pedas bukan yg manis rasanyer.Quiche ni mat salleh makan dengan salad sebagai sayur sampingan sebabnya..quiche ni terlampau kaya dengan rasa telor,susu@ pun rasa cream fresh yg di gunakan dlm intinya..jadi salad tu potong rasa mual quiche tu ler....
Nikee...selalu juga buat kalau boring tak bole selalu gemuk nanti..Ok bagi yg nk try boler layan resepi di bwh ni....boleh dimkn dgn sos cili,mayo@ aper jer sos yg anda gemari..layan resepi.

BAHAN-BAHAN
KULIT TAT:

11/4 CWN TPG GANDUM
90G BUTTER YG SEJUK DR FRIDGE-POTONG DADU
1 BIJI KUNING TELOR
1-2 SUDU BSR AIR AIS.

CARA;

1-Putarkan semua adunan ni ke dalam food prossesor kalau ader kalau tak gaulkan tpg dgn butter dahulu mcm buat karipap tu...barulah di masukkan air ais..uli sampai sebati dan rehatkan doh selama 1jam didlm peti ais..telor tadi pun gaulkan sekali dlm adunan tpg tu yer..jgn lupa.

INTI
5 KEPING TURKEY HAM-BOLER GANTIKAN DGN BEEF SAUSAGE KALAU SUKA
1 BIJI BWG BESAR-POTONG DADU-DI GORENG SEDIKIT SEHINGGA LAYU DAN SEDIKIT GARING DI DLM KUALI
3 SUDU BSR MENTEGA

CARA;

Turkey ham di potong dadu dan campurkan dgn bawang yg di gorengkan tadi di dlm satu bekas serta ketepikan.

FILLING;

4 BIJI TELOR AYAM -gred a@ b
1 CWN HEAVY CREAM@ susu kotak
1 SUDU KECIL GARAM
SEDIKIT LADA SULAH

CARA;


Didalam satu bekas satukan semua bahan dan ketepikan

CARA MEMBUAT DAN MEMBAKAR KULIT TAT;
Panaskan oven pd suhu 180c....gunakan acuan tat spt yg dlam foto tu,canaikan doh dr peti ais senipis yg di ingini kemudian letakkan didalam acuan tat..bakarlah selama 10-15mins.
utk membakar kulit tat ni.kita kenalah gunakan cara blind bake(cucuk permukaan tat tadi dgn garpu dan bakar menggunakan kcg ijau2@ merah yg dialas kertas timah@baking sheet) cara mcm ni digunakan utk menjadi kan kulit tat cantik dan rata supaya senang nk di isikan inti tadi..............

Isikan inti turkey tadi..kedalam tat yg siap dibakar selama 10 minit,sebanyak satu sudu besar di ikuti pula dengan adunan filling kastad telornya....bakar kembali di dalam oven selama 15-20 minit sehingga masak.

Dalam menyediakan quiches memang rumit tapi sbb enak sebagai makanan chemilan pd waktu minum ptg...selamat mencuba...bye!

p/s;-quiches intinya bole di gantikan dengan pelbagai bahan maskan yg di sukai sardin,tuna,sausages,sayuran,ayam.dagin terpulang tapi gitulah basic dlm membuat quiche.

RED VELVET CUPCAKES



Salam semua..entry hari ni memang tak ada yg istimewa..rv(red velvet) ni sebenarnya dah lama tersimp
an fotonya cumer tak berkesempatan nk masukkan jer..well i guess semua dah tahu bagaimana nk membuat kek ni kan..apa pun layan jerlah resepi kek rv yg humble ni.

BAHAN-BAHAN :

1/4 Cawan Mentaga Tanpa Garam
1 cawan Gula Halus
1 Biji Telur ( Gred A )
3 Sudu Makan Serbuk Koko
4 Sudu Makan Pewarna Merah ( Gel Food Colouring Better )
1 Sudu Teh Vanila Esen
1/2 Cawan ButterMilk Atau 1/2 Yogurt Plain
1 Cawan Tepung Gandum , Tepung Kek
1/2 Sudu Teh Baking Soda
1 1/2 Sudu Teh Cuka Putih Atau Apple Cider Vinegar

CARA-CARA :

1. Ayakan tepung bersama baking soda dan serbuk koko ( beberapa kali )
2.Untuk membuat buttermilk kalau tak dpt beli di kedai senang sahaja. Campurkan setengah cawan susu dengan satu sudu makan cuka. Biarkan selama 15 minit pada suhu bilik.
3.Seperti biasa mentaga + gula halus - pukul sampai kembang dan berwarna putih.
4. Setelah itu masukkan pula telur.
5.Buttermilk , perwarna merah, cuka digaul bersama sehingga sebati di dalam bekas yang lain.
6.Masukkan esen vanila ke dalam adunan telur tadi.Selapas itu masukkan beberapa sudu tepung dan diikuti bersama adunan buttermilk tadi.Ulangi proses ini sehingga habis.Berselang-seli dengan tepung.
7.Apabila adunan telah siap dah sebati , bolehlah dimasukkan ke dalam acuan cupcake untuk di bakar.Adunan diisi separuh penuh .
8. Bakar dalam suhu 170 C - 25 Minit

FROSTING:

1. 250 g Cream Cheese . Tartura @ Philedalphia Cream Cheese
2. 2 cawan icing sugar- Diayak beberapa kali
3. Zest of 1 whole lemon - Zest tu parutan kulit lemon yg berwrna kuning .
4. 2 sudu makan jus lemon

CARA CARA :

1. Pukul cream cheese sehingga kembang dan dimasukkan sedikit sedikit gula icing .
2. Kemudian masukkan jus lemon + parutan kulit lemon . Putar sampai sebati .
3. Dah siap, paipkan lah frosting cream cheese ini atas royal red velvet cupcake yang telah siap dibakar ..

P.S- Frosting ini boleh di adaptasi dengan pelbagai rase yang anda suka.. :)

ENJOYY..!!! :)

Saturday, 11 February 2012

COCO FUDGE BROWNIES


BAHAN:
resepi asal;rinnchann

1 cawan butter- dicairkan
1 cawan serbuk koko-campurkan dengan butter di cairkan di dlm microwave sebentar sehingga larut dan sebati
13/4 cawan gula kastor
11/2 sudu teh vanila esen
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan pelbagai kacang/coco chips-nikee gunakan almond flakes dan sedikit dairy chocolate spt;kitkat.kandos etc.
11/3 cwn tpg gandum-nikee letak 11/4 cwn shj.

CARA;

D dalam satu bekas,kacau sebati serbuk koko+ butter yg dicairkan tadi.Masukksn gula,vanila,telor,kacau semua sampai sebati.Didalam bekas yg lain jgn lupa ayakkan tpg bersama baking powder + garam utk beberapa kali.Kemudian masukkan tepung tadi ke dalam sebatian yg tadi gaulkan sampai sebati,akhir sekali masukkan pula kekacang yg anda gemari tetapi jangan lupa gaulkan kekacang tadi dgn sedikit tpg agar apabila di bakar kekacang tidak mendap di dasar brownies.
bakarlah selama 175c-selama 30-40minit

Ternyata resepi terbaik sebab mudah dan hasil kita dapat menikmati brownies yg fudgy dan chewie gilerr..so layan ..selamat mencuba.

KEK SUJI KISMIS


BAHAN-BAHAN:

250G MARJERIN@BUTTER
250G GULA KASTOR-Nikee kurangkan ke 200g jer
150ML SUSU SEGAR/SUSU KOTAK
100G TEPUNG SUJI
50G KISMIS HITAM/GOLDEN-Susu,suji dan kismis di rendam bersama selama 1jam
250G TPG GANDUM-Diayakkan beberapa kali dengan baking powder
1 SUDU TEH BAKING POWDER
200G TELOR AYAM GRED C@ Biasa pun takper(6 biji)
1 SUDU TEH ESEN VANILA

CARA:

1-Putarkan marjerin dan gula sehingga kembang dan berwarna putih.
2-Masukkan pula telor satu persatu sehingga adunan telor,marjerin tadi sebati
3- Masukkan pula tpg suji yg telah di rendam tadi..di masukkan juga tpg gandum yg di ayak bersama baking powder..apabila adunan cukup sebati bolehlah di tuangkan ke dlm acuan serta di bakar selama 1jam pada suhu oven 150c-160c sehingga masak.


p/s: sebenarnya ni adalah resepi asal rinnchann..memang the most easiest sugee cake...hasilnyer cake ni memang moist dan sedap utk di makan sewaktu hari raya @ pun pada minum petang.
selamat mencuba...enjoy

Wednesday, 8 February 2012

BOLU PELANGI

Salam!
Petang nie blur sekejap sebab banyak resepi dan foto yang terkumpul dalam simpanan..bolu kukus pelangi ni adalah salah kuih favourite nikee..sedap cuma leceh sikit dalam membuatnya.
Bolu kukus pelangi ni memang mengambil masa yg agak lama utk disediakan...apa-apa pun pada yg berminat boleh laa cuba resepi di bawah..insyaalah dengan sedikit kesabaran hasilnya pasti menjadi...selamat mencuba.
BAHAN:
450G GULA PASIR
500G TPG GANDUM
300CC-AIR PUTIH/SANTAN KOTAK/SUSU SEGAR/SUSU SEJAT
4 BIJI TELOR-TELOR FRESH SBB KALAU TAK RASA BOLU HANYIR
1 SUDU TEH DOUBLE ACTING BAKING POWDER
1 SUDU MAKAN EMULSIFIER/OVALETTE/SP
CARANYA;
CAMPURKAN KESEMUA BAHAN BOLU TADI KEMUDIAN DI PUTARKAN MENGGUNAKAN PEMUTAR TANGAN@ PEMUTAR ELEKTRIK SELAMA 20 MINS..TUNGGU SEHINGGA ADUNAN LIKAT DAN BERWARNA PUTIH SEPERTI MEMBUAT CREAM ICING..BAGIKAN KEPADA BEBERAPA BHAGIAN UTK DI WARNAKAN...MASUKKAN DLM PIPING BEG KEMUDIAN DI SELANG SELIKAN WARNANYA..ISIKAN DLM ACUAN SAMPAI PENUH..KUKUS SELAMA 10 MINS SEHINGGA MASAK DAN MEKAR
P/S:BOLU NI HARUS DI KUKUS MENGGUNAKAN API YG BESAR
APABILA MENGUKUS PASTIKAN BOLU DIKUKUS DALAM 4 ACUAN SAHAJA.
AIR KUKUSAN JGN TERLAMPAU PENUH.SBB KALAU TERLAMPAU PENUH WAP AKAN BERKURANGAN.
PASTIKAN TUTUP PENGUKUS DI IKATKAN DGN KAIN LAMPIN/SUPAYA AIR TIDAK JATUH KE DLM BOLU KUKUS TADI..SELAMAT MENCUBA


BOLU KUKUS PELANGI(APAM MEKAR)



Inilah hasil bolu pelangi yg pelbagai rasa blueberry,vanila dan coco emulco....enak di nikmati pada waktu minum petang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...